Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han bersama penerima baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri di pasar raya Giant Kinrara pada 30 Mac 2024. Foto Ng Sze Han
ADNSELANGOR

600 keluarga DUN Kinrara terima baucar RM200 sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 3 APRIL: Seramai 600 keluarga berpendapatan rendah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima baucar RM200 sempena Aidilfitri.

Wakil rakyat Ng Sze Han berkata menerusi skim Jom Shopping Perayaan itu, bantuan dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan kelengkapan menyambut raya.

“Baucar diserahkan pada minggu lalu di Giant Kinrara. Kebanyakan mereka terus menggunakan baucar itu membeli keperluan raya terutama barangan dapur,” katanya yang juga EXCO Pelaburan  kepada SelangorKini.

Tahun ini Kerajaan Negeri menyediakan 37,550 baucar sempena hari raya melibatkan peruntukan RM7.510 juta untuk diagih kepada golongan memerlukan.

Jumlah itu merupakan sebahagian daripada RM16.48 juta disediakan meliputi 82,400 penerima termasuk sambutan Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Inisiatif diperkenal Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai usaha jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Pengarang :