AGENDANASIONAL

Lapan daerah Selangor, KL diramal ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda lapan daerah di Selangor.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Turut mengalami sama ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :