SELANGOR

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 20 APRIL : Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan beberapa kawasan di Pahang, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal alami keadaan sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :