AGENSISELANGOR

Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 9 APRIL: Lapan daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 4 petang.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :