Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa hampir semua daerah di Selangor hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda enam daerah di Selangor hingga 2 pagi.

Menurut agensi itu di Facebook daerah berkenaan ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca buruk turut diramal melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Johor dan Sarawak juga diramal mengalami keadaan sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :