AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara lima daerah diramal hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 15 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda lima daerah di Selangor hingga 6 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kawasan terbabit ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Langat.

Agensi itu menerusi Facebook turut memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :