Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Klang, Gombak antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 13 APRIL: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka melanda tujuh daerah di Selangor hingga 6 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kawasan terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Agensi itu menerusi Facebook turut memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :