AGENSISELANGOR

Klang, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 8 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 11 pagi.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda seluruh Melaka dan beberapa kawasan Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :