AGENDANASIONAL

Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 10 APRIL: Empat daerah di Selangor iaitu Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :