AGENDANASIONAL

Kuala Selangor antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 8 APRIL: Lima daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

<div”>


Pengarang :