Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong menyampaikan cenderahati kepada sukarelawan yang terlibat membantu mangsa banjir dalam Majlis Kesyukuran di Kampung Jawa Kerling pada 16 Julai 2022. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lee Kee Hiong majukan KKB, beri manfaat ekonomi setempat

HULU SELANGOR, 24 APRIL: Dipilih menjadi wakil rakyat selama tiga penggal membuktikan mendiang Lee Kee Hiong disenangi rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Menerusi tinjauan Selangorkini baru-baru ini, rata-rata memuji gerak kerja mendiang yang peka terhadap masalah penduduk selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.

 

“Saya tidak pernah menerima bantuan tetapi yang berhormat (YB) sering bertanya pasal perniagaan. Dia selalu turun padang, tanya jika ada masalah.

“YB juga sering kongsikan maklumat bantuan negeri. Dia ada minta saya isi bantuan untuk Skim Mesra Usia Emas. Memang dia sekalu turun, tambah-tambah masa sihat. Banyak buat program.”

Peniaga, Rokiah Zulkifli, 63

 

“Jasa YB sangat besar di sini. Dulu Kuala Kubu Baharu tidak dikenali tetapi sekarang menjadi tumpuan terutama penggemar aktiviti berbasikal dan memanjat bukit.

“Beliau tambah baik banyak tempat rekreasi seperti Sungai Chiling kerana hujung minggu ramai datang. Ini sekali gus membantu ekonomi peniaga kecil, malah kedai makan juga sentiasa penuh.”

Suri rumah, Fong Mei Ling, 58

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pilihan raya kecil di DUN berkenaan masing-masing pada 27 April (Sabtu) dan 7 Mei (Selasa).

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac selepas bergelut melawan barah beberapa tahun lalu.

PRK Kuala Kubu Bharu ialah PRK ketujuh diadakan selepas pilihan raya umum ke-15. Seramai 40,226 pengundi berdaftar di DUN tersebut termasuk polis dan tentera.


Pengarang :