PBTSELANGOR

MPAJ sedia pusat sehenti bantu orang ramai urus kereta terbiar secara percuma

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pemilik kenderaan usang dan terbiar dipelawa menghantar aset mereka ke pusat sehenti kereta terbiar yang disediakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan inisiatif baharu itu bagi membantu orang awam menguruskan kenderaan yang tidak digunakan lagi.

“Ia turut membantu orang awam melupuskan kenderaan mereka yang terbiar dan tidak digunakan secara sukarela berdasarkan garis panduan dan perundangan.

“Perkhidmatan yang disediakan juga adalah percuma namun pemilik perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan MPAJ,” katanya menerusi Facebook.

Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah pemohon merupakan pemilik sah, kenderaan bebas hutang, tidak disenarai hitam dan bebas rekod jenayah.

Warga Ampang Jaya yang berminat boleh memohon melalui pautan intranet.mpaj.gov.my/spmkm atau hubungi talian 03-4285 7024 atau e-mel ke [email protected].

“Pemohon juga boleh hadir ke Menara MPAJ atau di Depoh MPAJ Taman Putra Sulaiman atau di Depoh MPAJ Taman Melawati.

“Hubungi Jabatan Penguatkuasa MPAJ di talian 03-42857024 untuk sebarang pertanyaan,” katanya.


Pengarang :