Lokasi petak parkir dan khidmat van ulang alik yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk peniaga dan pengunjung ke premis sekitar bandar Kuala Kubu Bharu susulan penutupan jalan bagi persediaan Majlis Jamuan Hari Raya peringkat Selangor 2024 pada 27 April 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor
PBTSELANGOR

MPHS sedia kemudahan van ulang alik susulan penutupan jalan di KKB

SHAH ALAM, 22 APR: Perkhidmatan van ulang alik disediakan untuk kemudahan peniaga dan pengunjung ke premis sekitar bandar Kuala Kubu Bharu susulan penutupan jalan bagi persediaan Majlis Jamuan Hari Raya peringkat Selangor 2024.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan kemudahan disediakan pihaknya bermula hari ini hingga 30 April di tiga lokasi dari 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Kemudahan itu disediakan di petak parkir sebelah Pejabat Pendidikan Daerah, petak parkir Jalan Dato’ Tabal dan petak parkir hadapan Pejabat Pos.

Lokasi petak parkir dan khidmat van ulang alik yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) untuk peniaga dan pengunjung ke premis sekitar bandar Kuala Kubu Bharu susulan penutupan jalan bagi persediaan Majlis Jamuan Hari Raya peringkat Selangor 2024 pada 27 April 2024. Foto Facebook Majlis Perbandaran Hulu Selangor

“Diharap dengan makluman ini dapat memudahkan urusan semua pihak. Segala perhatian dan kerjasama amat dihargai,” katanya menerusi Facebook.

Rumah Terbuka Riuh Raya Kita Selangor anjuran Kerajaan Negeri akan diadakan di bandar Kuala Kubu Bharu Sabtu ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada majlis yang bermula 8 malam itu.

Antara yang menarik ialah hidangan pelbagai juadah hari raya, persembahan artis terkenal, pemberian duit raya dan pertunjukan bunga api.


Pengarang :