Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat. Foto Arkib Selangorkini
ADNSELANGOR

Mudahkan penduduk, kaunter JKM dibuka sekali sebulan di DUN Rawang

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuka dengan kekerapan sekali sebulan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata untuk bulan ini kaunter akan dibuka esok bermula 9.30 pagi hingga 3 petang.

“Antara khidmat yang bakal ditawarkan termasuklah berkaitan urusan permohonan atau penerangan mengenai bantuan disediakan JKM yang dikendalikan sendiri pegawainya.

“Setiap bulan JKM akan datang ke pusat khidmat DUN Rawang atas permintaan saya ketika bermesyuarat dengan JKM Gombak (sebelum ini) memandangkan jarak Rawang ke pejabat JKM terdekat agak jauh.

“Ini bagi memberi kemudahan terutama kepada orang miskin kerana jarak yang agak jauh, jadi saya minta mereka buka kaunter sebulan sekali di pusat khidmat saya,” katanya kepada Selangorkini.

Wei Kiat berkata penerangan daripada pegawai JKM sendiri akan membantu memudahkan urusan pemohon selain menjimatkan kos terutama kepada golongan yang memerlukan.


Pengarang :