AGENDANASIONAL

Petaling, Gombak antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 9 APRIL: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 7 malam.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :