AGENSISELANGOR

Petaling, Sepang antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 4 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Sepang hingga 9 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda seluruh Kuala Lumpur Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :