EXCO Belia Najwan Halimi (tengah) bersama Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Suzliana Abdul Hamid (dua, kanan) bergambar bersama pemenang pertandingan membaca pada majlis perasmian program Jom Baca Bersama 10 Minit di Ruang Santai, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

PPAS perkenal kemudahan transit di 12 perpustakaan terpilih seluruh negeri

SHAH ALAM, 23 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bakal melancarkan kemudahan transit kepada pelajar sekolah di 12 perpustakaan terpilih seluruh negeri.

EXCO Belia Najwan Halimi berkata Perpustakaan Mesra Transit yang menyediakan persekitaran kondusif dan selesa kepada anak-anak dijangka beroperasi bulan hadapan.

EXCO Belia Najwan Halimi berucap pada Majlis perasmian program Jom Baca Bersama 10 Minit di Ruang Santai, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 23 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kita mahu sediakan persekitaran selamat kepada anak-anak terutamanya semasa peralihan sesi persekolahan murid sekolah rendah dan setelah habis sesi persekolahan bagi pelajar sekolah menengah.

“Semua perpustakaan ini dilengkapi dengan bilik air yang lengkap termasuk pancuran air (shower) untuk mandi, kafe atau pantri serta tempat solat dan rehat yang selesa,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, hari ini.

EXCO Belia Najwan Halimi (tengah) turut serta membaca buku pada majlis perasmian program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit di Ruang Santai, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 23 April 2024. Turut hadir Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Suzliana Abdul Hamid (dua, kanan) Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid (kanan) dan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (dua, kiri). Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Najwan menambah PPAS juga sedang merangka kerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu pengisian program kepada anak-anak di program transit.

Jelasnya golongan belia pula akan disediakan dengan pelbagai program kemahiran seperti menjahit, membina perisian, memasak, melukis dan keusahawanan.

“Melalui tawaran program-program asas ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan dalam diri anak-anak terutamanya golongan belia yang lebih cenderung dalam bidang kemahiran,” katanya.


Pengarang :