Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Dan Anak Syarikat Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pupuk semangat persaudaraan, MB rai media, anak syarikat negeri

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluang masa berbuka puasa bersama  pengamal media serta anak syarikat Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata majlis dihadiri kira-kira 300 tetamu itu merupakan acara tahunan namun tidak dapat dianjur beberapa tahun kebelakangan ini akibat pelbagai kekangan termasuk Covid-19.

“Ini sebagai tanda ingatan dan sokongan Kerajaan Negeri kepada rakan media serta anak syarikat. Selain menghargai peranan semua, majlis seperti ini dapat memupuk semangat persaudaraan,” katanya berucap dalam majlis di kediaman rasmi.

Program itu turut dihadiri Pegawai Eksekutif MBI Saipolyazan Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd Mohamed Fareed Ashaaree dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Amirudin mengingatkan anak syarikat dan agensi media sentiasa bersedia dengan cabaran kerana masyarakat kini memiliki sikap ingin tahu yang tinggi.

“Masyarakat sekarang jiwanya sentiasa mempersoal pelbagai perkara. mengenai keabsahan, pihak berkuasa. Jadi sebagai anak syarikat dan media, kita kena bersedia,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua,kanan) ketika majlis berbuka puasa bersama media dan anak syarikat Kerajaan Negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam pada 1 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua,kanan) ketika majlis berbuka puasa bersama media dan anak syarikat Kerajaan Negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam pada 1 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Tetamu yang hadir majlis berbuka puasa bersama media dan anak syarikat Kerajaan Negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam pada 1 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :