Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Serah sepenuh hati kepada Allah setelah ikhtiar, doa (VIDEO)

SHAH ALAM, 1 APRIL: Tawakal ialah berserah kepada Allah Subhanahuwataala (SWT) setelah melakukan usaha, ikhtiar dan doa dengan tidak hanya bergantung kepada nasib sahaja.

Demikian kata Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi ketika menghuraikan surah Az-Zumar ayat 38 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut beliau, ayat itu menjelaskan maksud tawakal perlu seiring dengan ikhtiar serta doa yang akan ditentukan hasilnya oleh Allah SWT.

“Menyerah bukannya bermaksud tanpa usaha, tetapi dalam erti kata lain menyerah dengan sangka baik kepada Allah, kalau usaha itu menjadi atas anugerah Allah, kalau musibah itu menimpa atas izin Allah, semuanya untuk kita sibuk dengan Allah.

“Usaha, doa dan tawakal dalam satu titik yang sama. Inti pati dari tawakal ini adalah sebagai praktikal ketauhidan untuk bersama dengan Allah dalam jua apa keadaan yang Allah bentangkan kepada kita,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin mengajak umat Islam terus meningkatkan amalan dan perbuatan baik pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

“Dalam menjalani kehidupan, kita perlu imbangkan antara antara usaha doa dan tawakal…yang akhirnya mengingatkan diri bahawa kita ada Allah SWT,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: Terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: Mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: Ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: Amanah, cerita kebenaran
Episod 6: Bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: Ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: Kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: Wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: Berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: Manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: Kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: Ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: Istiqamah mengingat Allah
Episod 15: Ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: Bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: Waspada sifat orang munafik
Episod 20: Manfaat Ramadan dengan terus berdoa

 

 


Pengarang :