AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 1 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 5 petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda di seluruh Perak selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :