AGENSISELANGOR

Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 22 APRIL: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga 6 petang.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka melanda seluruh Melaka dan beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :