Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor berbuka bersama rakyat, serah sumbangan kepada 489 asnaf

SHAH ALAM, 3 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut serta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan hadir pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada majlis berkenaan Baginda Tuanku berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 489 asnaf sekitar Petaling melibatkan sumbangan berjumlah RM244,500.

Baginda turut menerima bayaran zakat perniagaan daripada Darby Property Berhad berjumlah RM2 juta serta CelcomDigi Berhad, RM1.36 juta.

Selepas berbuka, Baginda menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih bersama rakyat.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato; Menteri Besar Dato; Seri Amirudin Shari berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat daripada Pengerusi Sime Darby Property Berhad Dato’ Rizal Rickman Ramli (kiri) pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 3 April 2024. Hadir sama DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :