Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan raya ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sumbangan MBI bantu ringan beban, tampung keperluan Aidilfitri

AMPANG, 7 APRIL: Penerima sumbangan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mahu menggunakan bantuan bagi melengkapkan keperluan raya terutama pembelian barang basah.

Suri rumah Wan Nur Hidayah Wan Ismail berkata sumbangan RM500 sangat bermakna buat keluarganya kerana mampu mengurangkan beban belanja.

“Keluarga hanya mengharapkan pendapatan suami. Selepas Covid-19, ekonomi keluarga agak meleset dan beri kesan kepada keluarga.

Suri rumah Wan Nur Hidayah Wan Ismail ditemui dalam program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bantuan ini digunakan untuk beli barang basah, ayam, daging. Itu lebih penting dari baju raya atau perkara lain,” katanya.

Terdahulu Wan Nur Hidayah, 39, menerima bantuan sempena hari raya daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari semalam.

Sementara itu warga emas Abu Bakar Mohd Tahir, 74, berkata bantuan itu akan digunakan untuk keperluan harian.

“Saya tiada sumber pendapatan. Hanya bergantung duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dalam rumah ada ramai orang, duit ini sangat membantu.


Abu Bakar Mohd Tahir, 74, ditemui dalam program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ada yang nampak nilai ini sedikit tetapi besar ertinya kepada penerima. Macam Skim Mesra Usia Emas, RM150 setahun tapi boleh ringankan beban,” katanya.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menyerahkan bantuan terbabit secara berperingkat kepada penduduk asnaf sekitar Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan raya ketika program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika hadir program serahan sumbangan MBI DUN Hulu Klang di Dewan MPAJ AU2, Ampang Jaya pada 6 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :