EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bercakap ketika sidang media selepas Pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Taman semikonduktor negeri di Puchong terbesar di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pemacu semikonduktor Malaysia: Hab Selangor dibangunkan Kerajaan Negeri merupakan pusat sektor semikonduktor terbesar di Asia Tenggara.

Bakal beroperasi pada Jun ini, EXCO pelaburan berkata pusat berkenaan bakal membuka hampir 500 peluang kerjaya profesional selain membantu industri sampingan antaranya logistik serta pengusaha kedai makan.

“Berikutan itu Kerajaan Negeri akan memberi fokus dengan meneroka lebih menyeluruh memandangkan sektor ini memberi pulangan tinggi. Tiga elemen ditekan iaitu jurutera mahir, pembangunan platform dan modal ventura.

“Setakat ini semikonduktor yang terangkum dalam sektor elektrik dan elektronik menyumbang 20 peratus kepada negeri. Usaha kita ini bakal membantu negara memperkukuhkan lagi sektor ini,” kata Ng Sze Han pada sidang media hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis tandatangani memorandum persefahaman negeri diwakili Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor Yong Kai Ping bersama empat syarikat termasuk negeri luar bagi pengoperasian pusat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) Yong Kai Ping mewakili Kerajaan Selangor menandatangani memorandum persefahaman dengan empat syarikat termasuk luar negara ketika Pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Syarikat terlibat ialah RM Ltd yang berpusat di United Kingdom, Shenzhen Semiconductor Industry Association (China) selain Phison Malaysia dan SkyeChip.

Majlis sempena pelancaran Sidang Kemuncak KL20 dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disaksikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Digital Gobin Singh Deo serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat reruai pameran ketika Pelancaran Sidang Kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sementara itu Haris berkata pusat berkenaan menjadi satu lagi mercu kejayaan negeri dalam sektor pembangunan ekonomi yang memberi manfaat kepada banyak pihak.

“Negeri berbangga dengan pengoperasi pusat ini dan ia menunjukkan perkembangan ekonomi lebih baik. Kita alu-alukan kehadiran pemain industri,” katanya.


Pengarang :