Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menasihatkan orang ramai berwaspada dengan penipuan pelaburan dalam talian menerusi Telegram. Foto hiasan
ADNSELANGOR

Waspada akaun pelaburan guna nama, gambar ADN Kota Anggerik di Telegram

SHAH ALAM, 19 APRIL: Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan akaun pelaburan menggunakan gambar dan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di aplikasi Telegram.

Mohd Najwan Halimi berkata beliau menyedari kewujudan akaun berkenaan selepas dimaklumkan seorang kenalan, hari ini.

“Sebelum ini saya pernah maklumkan tentang sebuah akaun pelaburan di aplikasi Telegram yang menyamar dengan menggunakan foto dan nama saya. Hari ini, saya dimaklumkan sekali lagi tentang akaun ini.

“Sekali lagi, saya harap masyarakat di luar sana khususnya warga Kota Anggerik dan Shah Alam yang mengenali saya agar tidak terpedaya dengan akaun Telegram ini,” katanya menerusi aplikasi X.


Pengarang :