SELANGOR

Amaran cuaca buruk di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 2 petang

SHAH ALAM, 21 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga 2 petang ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan, keadaan sama diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang, beberapa kawasan di Kedah dan Perak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :