Cuaca hujan di Batang Kali, Hulu Selangor pada 11 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat hampir semua daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 11 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda hampir seluruh daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :