Wanita warga Palestin Nozha Awad melarikan diri bersama tiga anak kembarnya dari hospital Al Shifa berikutan serbuan Israel pada 21 Mac 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Angka korban warga Palestin kini 35,903 susulan serangan berterusan Israel

GAZA, 25 MEI: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 35,903 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di wilayah Palestin dalam satu kenyataan media pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban kepada 35,903 dan kecederaan kepada 80,420 sejak konflik Palestin-Israel meletus pada Oktober 2023.

Kenyataan itu memaklumkan beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan di tengah-tengah pengeboman berterusan dan kekurangan pasukan penyelamat.

— BERNAMA-XINHUA


Pengarang :