Sebahagian aksi antara Malaysia dengan Iran dalam final Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan di Kompleks Sukan, Kazakhstan pada 25 Mei 2024. Foto Facebook Malaysian Hockey Confederation
AGENDASUKANKINI

Hasrat pertahan kejuaraan musnah, Malaysia tewas 1-7 di tangan Iran

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan berputih mata apabila gagal mempertahankan kejuaraan di Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 selepas dibelasah Iran 1-7 pada aksi final hari ini.

Aksi di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan menyaksikan juara lapan kali Iran berada di kelas tersendiri apabila membolosi gawang skuad negara menerusi Mirzakhani Amirmahdi (minit kedua, 34), Payam Lashgari (23), Hamid Nooranian (keenam, 36) dan Sajjad Mamizadeh (10).

Malaysia hanya memperoleh satu jaringan dihasilkan menerusi Mohd Firdaus Omar pada minit ke-10.

Keputusan itu menyaksikan Iran merampas semula kejuaraan piala berprestij itu buat kali kesembilan daripada 10 edisi selepas tahun 2022 menjadi milik Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan Malaysia dan Iran telah menempah slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Feb tahun depan.

– BERNAMA


Pengarang :