Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan di Jelajah Ehsan Rahmah Dun Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 14 Mei 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Anjur jualan murah barangan asas, PKPS buka permohonan dalam talian

SHAH ALAM, 17 MEI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuka permohonan penganjuran jualan murah barangan asas secara dalam talian.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pihak yang berminat menganjur Jualan Ehsan Rahmah (JER) boleh memohon menerusi pautan https://forms.gle/3xE6acRZRv17X2zT6 atau mengimbas kod QR poster di bawah.

Pada 15 Januari, Pengurus Besar Sektor Perniagaan dan Pemasaran PKPS Rosnani Abd Malik berkata semua pihak boleh memohon menganjur JER bagi memastikan manfaat program dirasai serata negeri.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :