Penerima rumah Selangorku Amirul Zahin, 30 (kanan) bersama ibunya Jeliah Muhamad, 54 (tengah) di rumah mereka selepas majlis penyerahan kunci 420 unit Pangsapuri Selangorku@Seri Temenggung di Gombak pada 22 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Dana RM7 juta baik pulih pangsapuri usang seluruh negeri bawah skim Ceria

SHAH ALAM, 14 MEI: Sebanyak RM7 juta diperuntuk bagi membaik pulih pangsapuri usang seluruh negeri menerusi Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (Ceria).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata skim bawah pemantauan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dikhaskan untuk pangsapuri kos rendah dan sederhana.

“Kerajaan Negeri percaya kualiti kediaman menyumbang kepada kesejahteraan sosial. Atas sifat kasih sayang dan rahmah, skim ini tercetus agar tiada rakyat negeri ini terpinggir dari inisiatif kebajikan hidup,”

“Buat sesiapa yang berminat, saya sarankan layari selangorpenyayang.com,” tulisnya di laman X hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Amirudin mengumumkan dana RM1 juta bagi membaik pulih lapan blok pangsapuri kos rendah sekitar Pandan Indah.

Jelasnya, inisiatif itu seiring matlamat mewujudkan kediaman bertingkat yang selesa selain meningkatkan martabat setiap rakyat tanpa ada yang terpinggir.


Pengarang :