Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dengkil antara empat lokasi jualan murah, esok

SHAH ALAM, 12 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi esok.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di gelanggang bola keranjang Klang Utama (Bandar Baru Klang) dan pasar malam Taman Bukit Subang (Kota Angerik).

Program sama diadakan di Tasik Baginda Kg Dato’ Abu Bakar Baginda (Dengkil) dan pekarangan medan selera Petronas Semenyih (Semenyih).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :