Tokoh ulama dari Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian secara membaca sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali pada Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Festival turath bermula esok, bekas imam Mesir kupas kitab Hadis 40

SHAH ALAM, 25 MEI:  Festival Turath Islami Selangor bermula esok di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

Dimulakan dengan kupasan kitab Hadis 40 oleh bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah hingga hingga 2 Jun, majlis esok turut menampilkan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid untuk memberi ulasan.

Orang ramai boleh menyaksikan majlis perasmian secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Media Selangor.

Selain Pameran Al-Wahyu, forum bertajuk Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu akan menampilkan ahli panel Ustaz Muhamad Abdullah, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Ustaz Mohamad Aizuddin Abdul Aziz.

Bertema Mendalami Khazanah Kitab Islam, maklumat program, lokasi serta pendaftaran boleh dibuat menerusi http://www.turathislamselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.

Festival yang menampilkan ulama dan cendekiawan Islam pelusuk dunia, mengupas karya agung Imam Nawawi dengan lebih mendalam membabitkan ulama tradisional serta ahli akademik.

 


Pengarang :