AGENDANASIONAL

Hulu Langat, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 MEI: Hulu Langat dan Hulu Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang hari ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :