Penyokong menunjukkan playkad ‘ Come Back Stronger #FH7 ‘ ketika tinjauan luar stadium perlawanan Selangor FC dan KDA FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada 18 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Insiden simbah asid Faisal Halim satukan penyokong bola sepak

PETALING JAYA, 19 MEI: Insiden menimpa Selangor FC Faisal Halim menyatukan peminat bola sepak dengan menyatakan sokongan tanpa belah bahagi kepada pemain berusia 26 tahun itu.

Pekerja swasta Adiey Farhan Md Salleh,40, berkata beliau datang ke perlawanan Liga Super pada kali ini membawa anak-anak dan isteri sebagai tanda solidariti kepada skuad Selangor FC.

“Perkara menimpa Faisal memang kita rasa terkilan dan berharap keadaan beliau segera sembuh kerana bakat yang ada padanya tidak ada pada semua orang… masing-masing mempunyai bakat sendiri.

Penyokong memakai t-shirt sokongan kepada Faizal Halim ketika tinjauan luar stadium perlawanan Selangor FC dan KDA FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada 18 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita akan terus beri sokongan kepada Faisal dan Selangor FC dan mohon hentikan keganasan dalam industri bola sepak,” katanya berasal dari Bangi.

Bagi arkitek landskap Hairizal Saleh,37, pula beliau amat sedih dengan insiden tersebut kerana ia seharusnya tidak berlaku terhadap mana-mana individu sekalipun termasuk dalam industri bola sepak.

“Bola sepak adalah sukan yang menyatukan semua kaum, memberi keceriaan dan kegembiraan bukannya menyakitkan. Faisal bukan hanya bermain untuk Selangor sahaja tetapi Malaysia.

“Harapan saya semoga Faisal cepat sembuh dan dapat pamerkan aksi yang baik seperti sebelum ini, beliau permata negara,” katanya.

Bagi pelajar kolej swasta Cheran Maney,25, beliau berharap segala insiden menimpa pemain bola sepak khususnya Faisal tidak berulang terhadap mana-mana pihak.

Pelajar kolej swasta Cheran Maney , 25,

“Akibat insiden, kita kekurangan bakat dan penyerang untuk Selangor. Permainan diadakan seperti biasa tetapi kehadiran Faisal mesti dirindui.

“Semestinya sebagai penyokong bola sepak kita kesal dengan apa menimpanya dan berharap segera pulih dan kembali bermain,” katanya.

Baru-baru ini, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal atau dikenali sebagai Mickey cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.


Pengarang :