Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Jeram di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor pada 24 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan barangan PKPS di empat lokasi termasuk Dengkil hari ini

SHAH ALAM, 27 MEI: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di KRT LP7 Lestari Perdana Taman Lestari Perdana (Seri Serdang) dan balai raya MPKK Kampung Kuantan (Bukit Melawati).

Program sama berlangsung di dewan orang ramai Kampung Limau Manis (Dengkil) dan dewan orang ramai Jalan Palembang (Sementa).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :