Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah di 10 cawangan pasar raya Segi Fresh esok, Ahad

SHAH ALAM, 24 MEI: Orang ramai khususnya warga Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di sepuluh cawangan pasar raya Segi Fresh hujung minggu ini.

Segi Fresh menerusi Facebook memaklumkan program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan di cawangan Teluk Panglima Garang, Batu Caves, Saujana Utama, Meru dan Bandar Tasik Puteri.

Jualan murah turut diadakan diadakan di cawangan Bestari Jaya, Sabak Bernam, Saujana Rawang, Puchong Abadi, Setia Mayuri.

Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :