Cuaca hujan di Batang Kali, Hulu Selangor pada 11 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Klang, Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 21 MEI: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :