AGENDABERITA UTAMA

Kupasan Hadis 40, manuskrip al-Quran tulisan tangan di festival turath

SHAH ALAM, 27 MEI: Orang ramai masih lagi berpeluang menghadiri Festival Turath Islami Selangor yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Bermula semalam hingga 2 Jun, bekas Mufti Besar Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab meneruskan kupasan kitab Hadis 40 karya Imam An-Nawawi.

Sesi pengajian bermula jam 9 pagi hingga 10 malam diselang-seli dengan ulasan tokoh agama Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan manuskrip al-Quran bertulisan tangan berusia hampir 400 tahun dibawa dari Muzium Al-Quran Narrathiwat, Thailand.

Turut dipamer dalam Pameran al-Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu ialah kitab dari Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi individu.

Naskhah al-Quran bertinta emas yang dihasilkan ketika pemerintahan Sultan Terengganu ke-9, Sultan Ommar Muazzam Riayat Shah sekitar tahun 1800 juga diperaga.

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui laman web www.turathislamiselangor.com atau Facebook Festival Turath Islami Selangor.


Pengarang :