AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 MEI:  Lapan daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 5 petang ini, maklumJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan serta beberapa daerah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :