Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa (JAKSIS) Satria Lekir dan Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka mengadakan program Siswa Cakna Banjir-Aid di Sungai Buloh pada 11 Mei 2024. Foto PERMAS UTeM
AGENSISELANGOR

Mahasiswa Selangor UTeM sumbang barang terpakai untuk mangsa banjir

SHAH ALAM, 22 MEI: Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyerahkan sumbangan barangan terpakai kepada penduduk Sungai Buloh yang terkesan banjir.

Persatuan memaklumkan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku pada bulan lalu disampaikan menerusi program Siswa Cakna Banjir-Aid itu dijalankan bersama Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa (JAKSIS) Satria Lekir serta Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak.

“Antara barangan diberi ialah beg dan pakaian sekolah, buku serta alat tulis selain baju terpakai. Penerima merupakan mangsa yang ditempatkan di SK Merbau Sempak.

“Semua barangan ini dikumpul sejak 17 April dari kalangan pelajar UTeM selepas mengetahui mengenai kejadian banjir itu,” menurut kenyataan.

Sumbangan berkenaan melibatkan 16 wakil UTeM diserahkan dibuat pada 11 Mei bertempat di sekolah terbabit.

Persatuan memaklumkan, pihaknya turut menjadi sukarelawan hari sukan sekolah terbabit yang berlangsung pada hari sama.

“Semoga penyerahan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa bencana banjir,” katanya.


Pengarang :