Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyantuni golongan asnaf menerusi zakat wakalah. Foto Ihsan MBI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI salur RM1 juta zakat wakalah bantu golongan asnaf, institusi agama

SHAH ALAM, 22 MEI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalurkan hampir RM1 juta bagi membantu golongan asnaf menerusi zakat wakalah, kata ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata MBI terus cakna bagi membantu empat kategori penerima asnaf terdiri fakir, miskin, gharimin dan fisabilillah.

“Pemberian zakat wakalah ini tidak terhad kepada golongan asnaf sahaja tetapi ia juga diagihkan kepada sekolah agama, masjid dan surau yang memerlukan bantuan.

“Mewakili Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari baru-baru ini kita salurkan bantuan kepada tiga individu memerlukan bantuan perubatan jantung dan ibu tunggal terputus punca pendapatan akibat kecederaan teruk lututnya,” katanya dihubungi Selangorkini.

Beliau berharap dengan sumbangan zakat wakalah MBI itu dapat meringankan beban penerima khususnya membeli keperluan perubatan.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Ahmad Azri Zainal Nor (kiri) membantu golongan asnaf menerusi zakat wakalah. Foto Ihsan MBI

Pengarang :