Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman membantu penunggang motosikal mengisi minyak petrol sempena program ‘Jom Isi Minyak Percuma’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam di stesen minyak Petronas Seksyen 7, Shah Alam pada 2 April 2024. Foto Majlis Bandaraya Shah Alam
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA belanja minyak petrol percuma esok, terhad 300 motosikal

SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan minyak petrol percuma kepada 300 penunggang motosikal, esok.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma itu bermula jam 10.30 pagi di Stesen Minyak Bukit Subang, Persiaran Metafasa, Seksyen U16.

“Kepada penunggang motosikal jom sama-sama hadir memeriahkan program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma pada 21 Mei 2024 (Selasa).

“Terhad kepada 300 buah motosikal terawal sahaja,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini, MBSA turut menganjurkan program sama di Stesen Minyak Petronas Seksyen 7, di sini.

Datuk Bandar Shah Alam Ir Cheremi Tarman berkata pihaknya berhasrat memperluas lagi inisiatif itu ke kawasan utara dan selatan Shah Alam.

“Insya-Allah, kita bercadang untuk anjurkan program ini pada setiap tahun supaya lebih ramai masyarakat disantuni,” jelasnya.


Pengarang :