Penjawat awam mendengar ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena majlis Mahabbah Ramadan Madani bersama penjawat awam di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Naik gaji pemangkin penjawat awam tingkat produktiviti, mutu kerja

SHAH ALAM, 3 MEI: Pengumuman Kerajaan Negeri untuk menyelaras kenaikan gaji lebih 13 peratus seperti dilakukan Putrajaya menjadi pemangkin buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiti.

Pembantu Operasi Mohd Azril Mohd Tarmidi, 43, berkata perkhidmatan satu-satunya produk penjawat awam kepada rakyat, justeru mutunya mesti ditingkatkan selaras kenaikan tersebut.

Mohd Azril Mohd Tarmidi, 43. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sebagai kakitangan sokongan, saya bersyukur dengan pengumuman ini. Produk penjawat awam adalah perkhidmatan kepada rakyat, jadi apabila naik gaji, mutu sedia ada perlu ditingkatkan.

“Kenaikan ini juga menyuntik semangat saya untuk berkhidmat dengan lebih komited,” katanya yang sudah 23 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Bagi Pegawai Khidmat Pelanggan Nursyahida Ahmad, 37, pengumuman Dato’ Menteri Besar sememangnya dinantikan, malah memangkin semangatnya untuk bekerja lebih tekun.

“Sudah pasti kami akan bekerja dengan lebih bersemangat selaras saranan pentadbiran negeri. Kos sara hidup juga kian meningkat, apabila gaji naik kami boleh tambah simpanan peribadi, katanya.

Nazihah Ahmad, 37. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Seorang lagi Pegawai Khidmat Pelanggan Nazihah Ahmad, 37, berpendapat kenaikan itu memotivasi dirinya untuk terus memperbaiki mutu kerja dan memberikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan.

“Siapa tidak gembira kalau naik gaji. Cuma seiring kenaikan, saya rasa ia patut menjadi motivasi untuk meningkatkan prestasi kerja,” katanya.

Terdahulu, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Selangor akan turut melaksana penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam minimum lebih 13 peratus seperti dilakukan kerajaan persekutuan.

Beliau menjelaskan pentadbirannya bakal mengkaji keputusan itu dengan mengambil langkah bersesuaian bagi menyelaras tatacara kewangan sedia ada susulan kenaikan tersebut.


Pengarang :