AGENDANASIONAL

Pertandingan akhir cempuling, enam pasukan rebut wang tunai RM40,000

SHAH ALAM, 18 MEI: Enam kumpulan akan berentap dalam pertandingan akhir seni warisan cempuling bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM40,000 malam ini.

Bertempat di Auditorium Perdana Angkasapuri pada 9 malam, pertandingan dengan kerjasama Kerajaan Negeri itu bertujuan memartabatkan  muzik asli ke ke peringkat antarabangsa.

EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata enam pasukan bertanding ialah Damar Wulan, Floria Harmoni, Gemala Kusiss, Seri Rantau, Suara Cempuling Sungai Kajang Tanjong Karang dan Warisan Irama Damai.

“Juara pertandingan membawa pulang wang tunai RM13,000, naib juara RM10,000 dan tempat ketiga RM7,000. Bagi hadiah sagu hati dan persembahan terbaik masing-masing bakal menerima RM5,000,” katanya yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2.

Pada 9 Jun tahun lalu, Selangor mempromosi seni cempuling ke Indonesia menerusi program Silang Budaya yang membuka peluang masyarakat negara itu mengenali seni dan muzik asli Selangor.

Bertempat di Malaysia Hall Jakarta, persembahan seni cempuling dan muzik asli Selangor dari Kumpulan Tunas Cempuling dan Muzik Asli Sri Kenchana menarik minat peserta dari Indonesia dan mahu mendalami kedua-dua seni budaya itu dengan lebih terperinci.

 

 


Pengarang :