Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 21 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKNS diyakini mampu lebih cemerlang, tampil prestasi terbaik

SHAH ALAM, 22 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) perlu berganjak dari takuk sekarang demi menampilkan prestasi lebih baik sesuai dengan keperluan masa kini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perbadanan itu perlu belajar melalui pengalaman sebelum ini selain melihat pencapaian cemerlang hasil peredaran yang wujud.

“Saya percaya PKNS sedia bergerak ke depan. Belajar dari pengalaman lepas, sebagai contoh sebelum 2016. Ketika itu rumah perlindungan warga emas bukan keutamaan malah dicerca masyarakat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 21 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Tapi sekarang realitinya begitu besar. Sebelum Covid-19, pusat perumahaan pekerja bukan keutamaan tetapi sekarang mungkin memerlukan kita segera lakukan tambahan lagi wujudnya varian baharu.

“Sebelum 2018, penghantaran barangan secara fizikal tetapi sekarang dah berubah 60 ke 70 peratus secara dalam talian. Semua ini perlu diserap,” katanya berucap pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) PKNS di sini semalam.

Terdahulu beliau menyerahkan anugerah APC kepada 71 kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 2023.

Amirudin berkata pengiktirafan berkenaan merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam yang berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 21 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Semoga pengiktirafan ini terus menyuntik semangat dan inspirasi semua warga kerja PKNS untuk berkhidmat berteraskan amalan terbaik budaya kerja kelas pertama,” katanya.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif PKNS berharap penghargaan itu menjadi pencetus semangat untuk penerima meningkatkan mutu kerja seterusnya menjadi mentor terbaik kepada warga lain.

“Ia sekali gus menjadikan PKNS kekal relevan, diyakini serta menepati kehendak dan harapan pelanggan khususnya rakyat negeri Selangor,” kata Datuk Mahmud Abbas.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PKNS 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 21 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :