AGENDANASIONAL

Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda seluruh Perlis selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Malaysian Meteorological Department

Pengarang :