Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 21 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Kuala Selangor sehingga jam 10 pagi ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan, keadaan sama diramal berlaku di seluruh Perlis, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :