Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Masjid Al-Falah, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor pada 8 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Subang Jaya antara empat lokasi jualan barang dapur PKPS hari ini

SHAH ALAM, 25 MEI: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini, bermula jam 10 pagi.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di hadapan PKM DUN teratai (Teratai) dan dataran penjaja Kg Paya Jaras Hilir (Paya Jaras).

Lokasi lain kawasan lapang Masjid Kota Raja (Sg Kandis) dan dewan sebelah Surau Nurul Ehsan Pangsapuri Sri Tanjung USJ 16 (Subang Jaya).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :