Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan tunai, lampin pakai buang, susu formula serta makanan kepada mangsa kebakaran di PPS Balai MPKK Kg. Bt. 13 Cheras. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Zakat Selangor hulur sumbangan, bantu ringan beban keluarga mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 24 MEI: Lembaga Zakat Selangor (:ZS) menghulurkan sumbangan kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Sungai Sekamat Kajang baru-baru ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan wang tunai, lampin pakai buang, susu formula serta makanan itu diharap dapat meringankan beban keluarga berkenaan.

Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Md Yusmizan Yusof dan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah Zainudin Johari di PPS Balai MPKK Kg. Bt. 13 Cheras.

“Terima kasih kepada semua pengeluar zakat di Selangor, hasil zakat anda telah disalurkan kepada mangsa kebakaran untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Terus membantu dengan menunaikan zakat di fpx.zakatselangor.com.my. Sedikit daripada anda segalanya buat mereka,” katanya di Facebook.

Pada 20 Mei jam 7 pagi lalu, sebanyak dua buah rumah terbakar akibat litar pintas. Susulan kejadian itu, rumah mangsa terbakar sepenuhnya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Pengarang :